Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Kematian mendatangi kamu terus menerus tanpa henti dalam berbagai keadaan

Teks Bahasa Arab

كانَ رَسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم إذا أَحسَّ مِنَ النَّاسِ بِغفلةٍ مِنَ المَوتِ جاء فأَخَذَ بِعِضَادَتَيِ البابِ، ثُمَّ هتَفَ ثَلاثًا: يا أيُّها النَّاسُ! يا أَهلَ الإسلامِ! أَتَتْكُم الْمَوتةُ راتبَةً لازمَةً، جاء المَوتُ بِما جاء بِه، جاءَ بالرَّوحِ والرَّاحةِ، والكَرَّةِ المُباركَةِ لِأَولياءِ الرَّحمنِ، مِن أَهلِ دارِ الخُلودِ الَّذين كانَ سَعيُهم ورَغبَتُهم فيها لَها، ألا إنَّ لِكلِّ ساعٍ غايةً، وَغايةُ كلِّ ساعٍ المَوتُ، سابقٌ ومَسبوقٌ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW apabila merasakan orang ramai mula lupa terhadap kematian, baginda pun datang lalu memegang kedua kayu pada sisi pintu, kemudian baginda melaungkan sebanyak tiga kali: Wahai manusia! Wahai orang Islam! Kematian mendatangi kamu terus menerus tanpa henti. Kematian datang dalam berbagai keadaan. Ia datang sewaktu berpergian dan sewaktu rehat, putaran yang diberkati kepada wali-wali Allah, dalam kalangan penduduk negeri abadi, orang-orang yang usaha mereka dan keinginan mereka adalah untuk negeri abadi. Ingatlah! Bagi setiap orang yang bergerak itu ada destinasinya dan destinasi setiap orang bergerak adalah kematian, sama ada dia mendahului dan didahului.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1327, hadis no. 6775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الوضين بن عطاء، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أحس من الناس بغفلة من الموت جاء فأخذ بعضادتي الباب، ثم هتف ثلاثا: يا أيها الناس! يا أهل الإسلام! أتتكم الموتة راتبة لازمة، جاء الموت بما جاء به، جاء بالروح والراحة، والكرة المباركة لأولياء الرحمن، من أهل دار الخلود الذين كان سعيهم ورغبتهم فيها لها، ألا أن لكل ساع غاية، وغاية كل ساع الموت، سابق ومسبوق. [هب، ((الضعيفة)) (2730)]

(Munkar) Daripada al-Wadin bin 'Ata' telah berkata: Rasulullah SAW apabila merasakan orang ramai mula lupa terhadap kematian, baginda pun datang lalu memegang kedua kayu pada sisi pintu, kemudian baginda melaungkan sebanyak tiga kali: Wahai manusia! Wahai orang Islam! Kematian mendatangi kamu terus menerus tanpa henti. Kematian datang dalam berbagai keadaan. Ia datang sewaktu berpergian dan sewaktu rehat, putaran yang diberkati kepada wali-wali Allah, dalam kalangan penduduk negeri abadi, orang-orang yang usaha mereka dan keinginan mereka adalah untuk negeri abadi. Ingatlah! Bagi setiap orang yang bergerak itu ada destinasinya dan destinasi setiap orang bergerak adalah kematian, sama ada dia mendahului dan didahului. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2730]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.