TEKS BAHASA ARAB
الموت للمؤمن خير من الحياة، والفقر للمؤمن خير من الغنى والذل خير له من العز والرفعة. والله لا ينظر إلى هذه الأمة إلا بالضعفاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kematian itu lebih baik bagi seorang mukmin dari kehidupan. Kefakiran itu lebih baik bagi seorang mukmin dari kekayaan. Kehinaan lebih baik baginya dari kemuliaan dan kehormatan. Allah tidak melihat kepada umat ini melainkan kerana orang-orang yang lemah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis nombor 3331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنها-، قال: قال : «الموت للمؤمن خير من الحياة. والفقر للمؤمن خير من الغنى، والذل خير له من العز والرفعة. والله لا ينظر إلى هذه الأمة إلا بالضعفاء». [قر، «الضعيفة» (6892)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kematian itu lebih baik bagi seorang mukmin dari kehidupan. Kefakiran itu lebih baik bagi seorang mukmin dari kekayaan. Kehinaan lebih baik baginya dari kemuliaan dan kehormatan. Allah tidak melihat kepada umat ini melainkan kerana orang-orang yang lemah." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6892]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.