Sangat Munkar Kecuali Ayat Yang Terakhir

30/06/2024

minit bacaan



Kematian itu harta rampasan perang, maksiat itu musibah

Teks Bahasa Arab

الموتُ غنيمةٌ، والمعصيةُ مصيبةٌ، والفقرُ راحةٌ، والغِنَى عقوبةٌ، والعقلُ هديةٌ من اللهِ، والجهلُ ضلالةٌ، والظلمُ ندامةٌ، والطاعةُ قُرَّةُ العينِ، والبكاءُ من خشيةِ اللهِ النجاةُ من النارِ، والضحكُ هلاكُ البَدَنِ، والتائبُ من الذنبِ كمن لا ذنبَ لهُ.

Teks Bahasa Melayu

Kematian itu harta rampasan perang, maksiat itu musibah, kefakiran itu ketenangan, kekayaan itu balasan (buruk), akal itu hadiah daripada Allah, kejahilan itu kesesatan, kezaliman itu penyesalan, ketaatan itu penyejuk mata, tangisan kerana takut kepada Allah ialah keselamatan daripada api neraka, ketawa membinasakan badan dan orang yang bertaubat daripada dosa seperti orang yang tidak ada baginya berdosa.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar Kecuali Ayat Yang Terakhir

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1771, hadis no. 8915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا إلا الجملة الأخيرة) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الموت غنيمة، والمعصية مصيبة، والفقر راحة، والغنى عقوبة، والعقل هدية من الله، والجهل ضلالة، والظلم ندامة، والطاعة قرة العين، والبكاء من خشية الله النجاة من النار، والضحك هلاك البدن، والتائب من الذنب كمن لا ذنب له)). [هب، فر، ((الضعيفة)) (6526)]

(Sangat Munkar Kecuali Ayat Yang Terakhir) Daripada ‘Āisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kematian itu harta rampasan perang, maksiat itu musibah, kefakiran itu ketenangan, kekayaan itu balasan (buruk), akal itu hadiah daripada Allah, kejahilan itu kesesatan, kezaliman itu penyesalan, ketaatan itu penyejuk mata, tangisan kerana takut kepada Allah ialah keselamatan daripada api neraka, ketawa membinasakan badan dan orang yang bertaubat daripada dosa seperti orang yang tidak ada baginya berdosa. [Riwayat al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6526]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.