Kematian itu hadiah bagi orang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

الموت تحفة المؤمن، والدرهم والدينار ربيع المنافق، وهما زاداه إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kematian itu hadiah bagi orang mukmin, dinar dan dirham itu musim bunga bagi orang munafik, dan kedua-duanya itu akan menambahkan buatnya azab di dalam neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1770, hadis nombor 8911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الموت تحفة المؤمن، والدرهم والدينار ربيع المنافق، وهما زاداه إلى النار)). [فر، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6891)]

(Sangat Lemah)
Daripada Jābir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kematian itu hadiah bagi orang mukmin, dinar dan dirham itu musim bunga bagi orang munafik, dan kedua-duanya itu akan menambahkan buatnya azab di dalam neraka.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus, Ibn al-Jauzī dalam al-‘Ilal al-Mutanāhiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6891]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs