TEKS BAHASA ARAB
الموت غنيمة، والمعصية مصيبة، والفقر راحة، والغنى عقوبة، والعقل هدية من الله، والجهل ضلالة، والظلم ندامة، والطاعة قرة العين، والبكاء من خشية الله النجاة من النار، والضحك هلاك البدن، والتائب من الذنب كمن لا ذنب له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kematian itu adalah ghanimah, maksiat itu musibah, kefakiran itu kerehatan, kekayaan itu balasan, akal adalah hidayah daripada Allah, kejahilan itu kesesatan, kezaliman itu penyesalan, ketaatan itu penyejuk mata, menangis kerana takut kepada Allah itu menyelamatkan daripada neraka, gelak ketawa itu akan membinasakan tubuh badan, dan orang yang bertaubat daripada dosa itu adalah seperti orang yang tiada dosa.
STATUS
Munkar Jiddan Kecuali Pernyataan Yang Terakhir
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 165, hadis nombor 826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكرجداً إلا الجملة الأخيرة)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال صلى الله عليه وسلم: الموت غنيمة، والمعصية مصيبة، والفقر راحة، والغنى عقوبة، والعقل هدية من الله، والجهل ضلالة، والظلم ندامة، والطاعة قرة العين، والبكاء من خشية الله النجاة من النار، والضحك هلاك البدن، والتائب من الذنب كمن لا ذنب له.
[هب، فر، ((الضعيفة)) (6526)]
(Munkar Jiddan Kecuali Pernyataan Yang Terakhir)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Kematian itu adalah ghanimah, maksiat itu musibah, kefakiran itu kerehatan, kekayaan itu balasan, akal adalah hidayah daripada Allah, kejahilan itu kesesatan, kezaliman itu penyesalan, ketaatan itu penyejuk mata, menangis kerana takut kepada Allah itu menyelamatkan daripada neraka, gelak ketawa itu akan membinasakan tubuh badan, dan orang yang bertaubat daripada dosa itu adalah seperti orang yang tiada dosa.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6526]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.