Sangat Munkar Kecuali Pernyataan Yang Terakhir

30/06/2024

minit bacaan



Kematian itu adalah ghanimah

Teks Bahasa Arab

الموتُ غنيمةٌ، والمعصيةُ مصيبةٌ، والفقرُ راحةٌ، والغنَى عقوبةٌ، والعقلُ هديَّةٌ من اللهِ، والجهلُ ضلالةٌ، والظُّلمُ ندامةٌ، والطَّاعةُ قُرَّةُ العينِ، والبكاءُ من خشيةِ اللهِ النَّجاةُ من النَّارِ، والضَّحِكُ هلاكُ البدنِ، والتَّائبُ من الذَّنبِ كمن لا ذنبَ له.

Teks Bahasa Melayu

Kematian itu adalah ghanimah, maksiat itu musibah, kefakiran itu kerehatan, kekayaan itu balasan, akal adalah hidayah daripada Allah, kejahilan itu kesesatan, kezaliman itu penyesalan, ketaatan itu penyejuk mata, menangis kerana takut kepada Allah itu menyelamatkan daripada neraka, gelak ketawa itu akan membinasakan tubuh badan, dan orang yang bertaubat daripada dosa itu adalah seperti orang yang tiada dosa.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar Kecuali Pernyataan Yang Terakhir

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 165, hadis no. 826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً إلا الجملة الأخيرة) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال صلى الله عليه وسلم: الموت غنيمة، والمعصية مصيبة، والفقر راحة، والغنى عقوبة، والعقل هدية من الله، والجهل ضلالة، والظلم ندامة، والطاعة قرة العين، والبكاء من خشية الله النجاة من النار، والضحك هلاك البدن، والتائب من الذنب كمن لا ذنب له. [هب، فر، ((الضعيفة)) (6526)]

(Sangat Munkar Kecuali Pernyataan Yang Terakhir) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Kematian itu adalah ghanimah, maksiat itu musibah, kefakiran itu kerehatan, kekayaan itu balasan, akal adalah hidayah daripada Allah, kejahilan itu kesesatan, kezaliman itu penyesalan, ketaatan itu penyejuk mata, menangis kerana takut kepada Allah itu menyelamatkan daripada neraka, gelak ketawa itu akan membinasakan tubuh badan, dan orang yang bertaubat daripada dosa itu adalah seperti orang yang tiada dosa. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6526]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.