TEKS BAHASA ARAB
إذا جاء الموت لطالب العلم، وهو على هذه الحال، مات وهو شهيد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kematian datang kepada penuntut ilmu sewaktu dia dalam keadaan tersebut, dia mati sebagai mati syahid.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis nombor 6348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة وأبي ذر رضي الله عنهما، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا جاء الموت لطالب العلم، وهو على هذه الحال، مات وهو شهيد.
[البزار، خط، ((الضعيفة)) (2126)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA dan Abi Zar RA, mereka berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila kematian datang kepada penuntut ilmu sewaktu dia dalam keadaan tersebut, dia mati sebagai mati syahid.
[Riwayat al-Bazzar, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2126]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.