Kemarahan yang paling dasyat adalah kemarahan wanita

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أشد الحرب النساء، وأبعد االلقاء الموت، وأشد منهما الحاجة إلى الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemarahan yang paling dahsyat adalah kemarahan wanita, dan sejauh-jauh pertemuan adalah kematian, dan perkara yang lebih besar adalah keperluan manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 930, hadis nombor 4783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أشد الحرب النساء، وأبعد االلقاء الموت، وأشد منهما الحاجة إلى الناس)).
[خط، ابن الجوزي في ((العلل))، الرافعي، ((الضعيفة)) (2781)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kemarahan yang paling dahsyat adalah kemarahan wanita, dan sejauh-jauh pertemuan adalah kematian, dan perkara yang lebih besar adalah keperluan manusia.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibnu al-Jauzi dalam al-‘Ial, dan al Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2781].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.