Kemampuan yang baik merupakan satu keberkatan dan akhlak yang jahat adalah satu keburukan

TEKS BAHASA ARAB

حسن الملكة يمن، وسوء الخلق شؤم، وطاعة المرأة ندامة، والصدقة تدفع القضاء السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemampuan yang baik merupakan satu keberkatan. Dan akhlak yang jahat adalah satu keburukan. Dan ketaatan kepada perempuan adalah penyesalan. Dan sedekah dapat menghalang qadha’ yang buruk.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 57, hadis nombor 250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((حسن الملكة يمن، وسوء الخلق شؤم، وطاعة المرأة ندامة، والصدقة تدفع القضاء السوء)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3491)].

(Sangat lemah)
Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Kemampuan yang baik merupakan satu keberkatan. Dan akhlak yang jahat adalah satu keburukan. Dan ketaatan kepada perempuan adalah penyesalan. Dan sedekah dapat menghalang qadha’ yang buruk.))
[Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3491].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.