Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Kemakrufan itu berlegar sekitar tangan 100 orang lelaki

Teks Bahasa Arab

يدورُ المعروفُ على يَدَيْ مِئةِ رَجُلٍ، آخِرُهم فيه كَأَوَّلِهِم.

Teks Bahasa Melayu

Kemakrufan itu berlegar sekitar tangan 100 orang lelaki. Yang terakhir daripada kalangan mereka sama seperti yang terawal daripada kalangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 94, hadis no. 484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه - رفعه: يدور المعروف على يدي مئة رجل، آخرهم فيه كأولهم. [ابن شاهين، فر، ((الضعيفة)) (4828)]

(Terlalu Daif) Daripada Anas ibn Mālik RA, beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Kemakrufan itu berlegar sekitar tangan 100 orang lelaki. Yang terakhir daripada kalangan mereka sama seperti yang terawal daripada kalangan mereka.” [Riwayat Ibn Shāhīn dalam al-Targhīb dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4828]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.