Kemaafan raja-raja akan mengekalkan kerajaannya

TEKS BAHASA ARAB

عفو الملوك أبقى للملك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemaafan raja-raja akan mengekalkan kerajaannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 847, hadis nombor 4343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي علي عبيد الله بن محمد بن عبد الله بن علي بن الحسن بن الحسين بن جعفر بن عبد الله بن الحسن بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب -رضي الله عنهما- بروايته عن آبائه واحدا عن واحد، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((عفو الملوك أبقى للملك)).
[الرافعي، ((الضعيفة)) (5908)]

(Lemah) Daripada Abū ‘Alī ‘Ubaidullah bin Muḥammad bin ‘Abdullah bin ‘Alī bin al-Ḥasan bin al-Ḥusain bin Ja’afar bin ‘Abdullah bin al-Ḥasan bin ‘Alī bin al-Ḥusain bin ‘Alī bin Abī Ṭālib RA dengan riwayat daripada ayahnya seorang demi seorang berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kemaafan raja-raja akan mengekalkan kerajaannya.
[Riwayat al-Rāfiī’ dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5908]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs