Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَفوُ الملوكِ أَبْقَى للمُلْكِ.
Teks Bahasa Melayu
Kemaafan raja-raja akan mengekalkan kerajaannya.
Sahabat Perawi
- Abu Ali Ubaidullah bin Muhammad bin Abdullah bin Ali bin al-Hasan bin al-Husain bin Jaafar bin Abdullah bin al-Hasan bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 847, hadis no. 4343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abū ‘Alī ‘Ubaidullah bin Muḥammad bin ‘Abdullah bin ‘Alī bin al-Ḥasan bin al-Ḥusain bin Ja’afar bin ‘Abdullah bin al-Ḥasan bin ‘Alī bin al-Ḥusain bin ‘Alī bin Abī Ṭālib RA dengan riwayat daripada ayahnya seorang demi seorang berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kemaafan raja-raja akan mengekalkan kerajaannya. [Riwayat al-Rāfiī’ dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5908]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman