Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سعةٌ في الرزقِ، وردعُ سنةِ الشيطانِ؛ الوضوءُ قبلَ الطعامِ وبعدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Keluasan rezeki dan menolak sunnah syaitan adalah dengan cara berwuduk sebelum dan selepas makan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1204, hadis no. 6120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس ابن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: سعة في الرزق، وردع سنة الشيطان؛ الوضوء قبل الطعام وبعده. [فر، ((الضعيفة)) (3700)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu': Keluasan rezeki dan menolak sunnah syaitan adalah dengan cara berwuduk sebelum dan selepas makan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3700]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman