Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُرُوجُ الإِمامِ يَوْمَ الجُمُعَةِ لِلصَّلاةِ يَقْطَعُ الصَّلاة وكَلامُهُ يَقْطَعُ الكَلامَ.
Teks Bahasa Melayu
Keluarnya imam pada hari Jumaat untuk solat akan memutuskan solat, kalam imam memutuskan kalam lain.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 33, hadis no. 161. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia melalui kalam al-Zuhri, lalu para pendusta yang merupakan pentaqlid (taksub) meriwayatkannya secara marfu'.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman