Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَخْرُجُ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ: السُّفْيَانِيُّ فِي عُمْقِ دِمَشْقَ، وَعَامَّةُ مَنْ يَتَّبِعُهُ مِنْ كَلْبٍ، فَيَقْتُلُ؛ حَتَّى يَبْقُرَ بُطُونَ النِّسَاءِ، وَيَقْتُلَ الصِّبْيَانَ، فَتَجْمَعُ لَهُمْ قَيْسٌ، فَيَقْتُلُهَا؛ حَتَّى لَا يَمْنَعَ ذَنَبُ تَلْعَةٍ، وَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي فِي الْحَرَّةِ، فَيَبْلُغُ السُّفْيَانِيَّ، فَيَبْعَثُ إِلَيْهِ جُنْدًا مِنْ جُنْدِهِ، فَيَهْزِمُهُمْ، فَيَسِيرُ إِلَيْهِ السُّفْيَانِيُّ بِمَنْ مَعَهُ؛ حَتَّى إِذَا صَارَ بِبَيْدَاءَ مِنَ الْأَرْضِ؛ خُسِفَ بِهِمْ فَلَا يَنْجُو مِنْهُمْ إِلَّا الْمُخْبِرُ عَنْهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki yang digelar al-Sufyani akan keluar di pedalaman Dimashq, kebanyakkan yang akan menurutinya adalah dari kabilah Kalb, dia akan melakukan pembunuhan hinggakan dia mengorek (membelah) perut-perut wanita, membunuh kanak-kanak lelaki kemudian Qais (satu kabilah daripada Bani Mudhar) berkumpul untuk al-Sufyani, lalu dia membunuh mereka, mereka ramai hinggakan tidak boleh dihalang air yang keluar daripada saluran air, dan seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku akan keluar di al-Hurrah, dia akan sampai ke tempat al-Sufyani, lalu diutuskan kepadanya salah seorang daripada tenteranya, dia pun mengalahkan mereka, lalu al-Sufyani bersama pengikutnya sendiri pergi menemui lelaki itu, apabila di satu tanah lapang (padang pasir) di bumi ini; ditenggelamkan mereka hingga tidak ada yang terselamat kecuali orang yang menceritakan tentang mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1392, hadis no. 7067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يخرج رجل يقال له: السفياني في عمق دمشق، وعامة من يتبعه من كلب، فيقتل؛ حتى يبقر بطون النساء، ويقتل الصبيان، فتجمع لهم قيس، فيقتلها؛ حتى لا يمنع ذنب تلعة، ويخرج رجل من أهل بيتي في الحرة، فيبلغ السفياني، فيبعث إليه جندا من جنده، فيهزمهم، فيسير إليه السفياني بمن معه؛ حتى إذا صار ببيداء من الأرض، خسف بهم فلا ينجو منهم إلا المخبر عنهم. [ك، ((الضعيفة)) (6520)]
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki yang digelar al-Sufyani akan keluar di pedalaman Dimashq, kebanyakkan yang akan menurutinya adalah dari kabilah Kalb, dia akan melakukan pembunuhan hinggakan dia mengorek (membelah) perut-perut wanita, membunuh kanak-kanak lelaki kemudian Qais (satu kabilah daripada Bani Mudhar) berkumpul untuk al-Sufyani, lalu dia membunuh mereka, mereka ramai hinggakan tidak boleh dihalang air yang keluar daripada saluran air, dan seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku akan keluar di al-Hurrah, dia akan sampai ke tempat al-Sufyani, lalu diutuskan kepadanya salah seorang daripada tenteranya, dia pun mengalahkan mereka, lalu al-Sufyani bersama pengikutnya sendiri pergi menemui lelaki itu, apabila di satu tanah lapang (padang pasir) di bumi ini; ditenggelamkan mereka hingga tidak ada yang terselamat kecuali orang yang menceritakan tentang mereka. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6520]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman