Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَخْرُجُ الدَّابَّةُ، وَمَعَهَا عَصَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَخَاتَمُ سُلَيْمَانَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَتَخْطِمُ الْكَافِرَ بِالْخَاتَمِ، وَتَجْلُو وَجْهَ الْمُؤْمِنِ بِالْعَصَا، حَتَّى إِنَّ أَهْلَ الْخِوَانِ لَيَجْتَمِعُونَ عَلَى خِوَانٍ، فَيَقُولُ هَذَا: يَا مُؤْمِنُ، وَيَقُولُ هَذَا: يَا كَافِرُ.
Teks Bahasa Melayu
Kelak akan keluarnya al-Dabbah dan ada bersamanya tongkat Musa AS serta cincin Sulaiman AS. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan cincin tersebut dan menyingkap wajah orang beriman dengan menggunakan tongkat, sehingga ketika orang-orang berkumpul di meja makan, lalu mereka berkata ini: Wahai mukmin! dan yang ini pula berkata: Wahai kafir!
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1308, hadis no. 6683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تخرج الدابة، ومعها عصى موسى عليه السلام، وخاتم سليمان عليه السلام، فتخطم الكافر بالخاتم، وتجلووجه المؤمن بالعصا، حتى إن أهل الخوان ليجتمعون على خوان، فيقول هذا: يا مؤمن، ويقول هذا: يا كافر. [الطيالسي، حم، ت، هـ، الثعلبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (1108)].
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kelak akan keluarnya al-Dabbah dan ada bersamanya tongkat Musa AS serta cincin Sulaiman AS. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan cincin tersebut dan menyingkap wajah orang beriman dengan menggunakan tongkat, sehingga ketika orang-orang berkumpul di meja makan, lalu mereka berkata ini: Wahai mukmin! dan yang ini pula berkata: Wahai kafir! [Riwayat al-Tayalisi, Ahmad dalam Musnadnya, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Tha'labi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1108].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman