Keluarkanlah zakat, sesungguhnya Allah telah merehatkan kamu dari al-Jabhah, al-Sajjah dan al-Bajjah

TEKS BAHASA ARAB

أخرجوا صدقاتكم، فإن الله قد أراحكم من الجبهة، والسجة، والبجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keluarkanlah zakat, sesungguhnya Allah telah merehatkan kamu dari al-Jabhah, al-Sajjah dan al-Bajjah (nama-nama berhala).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis nombor 4448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سارية الخلجي عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((أخرجوا صدقاتكم، فإن الله قد أراحكم من الجبهة، والسجة، والبجة)). [أبو عبيد في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (2114)].

(Lemah)
Daripada Sariyah al-Khalji daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Keluarkanlah zakat, sesungguhnya Allah telah merehatkan kamu dari al-Jabhah, al-Sajjah dan al-Bajjah (nama-nama berhala).”
[Riwayat Abu Ubaid dalam al-Gharibh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2114].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs