Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أخرِجوا صدقاتِكُم، فإنَّ اللَّهَ قَد أراحَكُم منَ الجبهةِ، والسَّجَّةِ، والبجَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Keluarkanlah zakat, sesungguhnya Allah telah merehatkan kamu dari al-Jabhah, al-Sajjah dan al-Bajjah (nama-nama berhala).
Sahabat Perawi
- Sariyah al-Khalji
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis no. 4448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سارية الخلجي عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((أخرجوا صدقاتكم، فإن الله قد أراحكم من الجبهة، والسجة، والبجة)). [أبو عبيد في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (2114)].
(Lemah) Daripada Sariyah al-Khalji daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Keluarkanlah zakat, sesungguhnya Allah telah merehatkan kamu dari al-Jabhah, al-Sajjah dan al-Bajjah (nama-nama berhala).” [Riwayat Abu Ubaid dalam al-Gharibh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2114].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman