Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Keluarkanlah kain lap kotoran dari rumah-rumah kamu

Teks Bahasa Arab

أخرجوا مِنديلَ الغَمرِ من بيوتِكم، فإنَّه مَبيتُ الخبيثِ، ومجلِسُهُ

Teks Bahasa Melayu

Keluarkanlah kain lap kotoran dari rumah-rumah kamu. Maka sesungguhnya ia merupakan rumah syaitan dan begitu juga tempat duduknya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 30, hadis no. 105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أخرجوا منديل الغمر من بيوتكم، فإنه بيت الخبيث، ومجلسه)). [فر، ((الضعيفة)) (2075)].

(Terlalu Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Keluarkanlah kain lap kotoran dari rumah-rumah kamu. Maka sesungguhnya ia merupakan rumah syaitan dan begitu juga tempat duduknya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2075]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.