TEKS BAHASA ARAB
أخرجوا منديل الغمر من بيوتكم، فإنه بيت الخبيث، ومجلسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Keluarkanlah kain lap kotoran dari rumah-rumah kamu. Maka sesungguhnya ia merupakan rumah syaitan dan begitu juga tempat duduknya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 30, hadis nombor 105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أخرجوا منديل الغمر من بيوتكم، فإنه بيت الخبيث، ومجلسه)).
[فر، ((الضعيفة)) (2075)].
(Sangat lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Keluarkanlah kain lap kotoran dari rumah-rumah kamu. Maka sesungguhnya ia merupakan rumah syaitan dan begitu juga tempat duduknya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2075]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.