Keluarkan zakat fitrah secupak makanan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أخرجوا صدقة الفطر صاعا من طعام، وكان طعامنا يومئذ البر (وفي لفظ: الأقط) والتمر والزبيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keluarkanlah zakat fitrah (kadar) secupak makanan, dan makanan kami pada waktu itu adalah gandum (lafaz lain: susu beku) tamar dan juga anggur.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis nombor 4449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أوس بن الحدثان أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((أخرجوا صدقة الفطر صاعا من طعام، وكان طعامنا يومئذ البر (وفي لفظ: الأقط) والتمر والزبيب)). [طب، قط، ((الضعيفة)) (2116)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aus bin al-Hadathan bahawa Nabi SAW bersabda: “Keluarkanlah zakat fitrah (kadar) secupak makanan, dan makanan kami pada waktu itu adalah gandum (lafaz lain: susu beku) tamar dan juga anggur.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Daruqutni dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2116].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.