Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أخرِجوا صدَقةَ الفطرِ صاعًا مِن طعامٍ، وَكانَ طَعامُنا يَومئذٍ البرُّ (وفي لفظٍ: الأَقِطُ) والتَّمرُ والزَّبيبُ.
Teks Bahasa Melayu
Keluarkanlah zakat fitrah (kadar) secupak makanan, dan makanan kami pada waktu itu adalah gandum (lafaz lain: susu beku) tamar dan juga anggur.
Sahabat Perawi
- Aus bin al-Hadathan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis no. 4449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Aus bin al-Hadathan bahawa Nabi SAW bersabda: “Keluarkanlah zakat fitrah (kadar) secupak makanan, dan makanan kami pada waktu itu adalah gandum (lafaz lain: susu beku) tamar dan juga anggur.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Daruqutni dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2116].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman