TEKS BAHASA ARAB
من غدا أو راح وهو في تعليم دينه؛ فهو في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang pergi waktu pagi dan petang untuk mempelajari agamanya, maka dia masuk dalam syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1280, hadis nombor 6559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعاً: من غدا أو راح وهو في تعليم دينه؛ فهو في الجنة.
[حل، ((الضعيفة)) (4624)]
(Palsu)
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang pergi waktu pagi dan petang untuk mempelajari agamanya, maka dia masuk dalam syurga.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4624]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.