Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Keluar untuk membuang hajat, ketika keduanya membuka aurat, lalu mereka berdua bercakap-cakap

Teks Bahasa Arab

لا يَخرجُ الرجُلانِ يَضرِبانِ الغائِطَ كاشِفَيْنِ عن عوْرَتِهما يتحدَّثانِ، فإنَّ اللهَ يَمقُتُ على ذلِكَ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah dua orang lelaki yang keluar untuk membuang hajat, ketika keduanya membuka aurat, lalu mereka berdua bercakap-cakap, kerana sesungguhnya Allah benci terhadap perbuatan tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1215, hadis no. 6187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا: لا يخرج الرجلان يضربان الغائط كاشفين عن عورتهما يتحدثان؛ فإن الله يمقت على ذلك. [د، ن في ((الكبرى))، هـ، ك، هق، ((الضعيفة)) (5035)]

(Sanadnya Lemah) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA secara marfu': Janganlah dua orang lelaki yang keluar untuk membuang hajat, ketika keduanya membuka aurat, lalu mereka berdua bercakap-cakap, kerana sesungguhnya Allah benci terhadap perbuatan tersebut. [Riwayat Abu Dawud, al-Nasa'ei dalam al-Kubra, Ibn Majah, al-Hakim dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5035]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.