Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Keluar seorang makhluk daripada ahli neraka, lalu lelaki itu melintasi seorang lelaki daripada ahli syurga, maka dia berkata: Wahai polan, tidakkah kamu mengenaliku?

Teks Bahasa Arab

يَخْرُجُ خلقٌ من أهلِ النارِ، فيمر الرجلُ بالرجلِ من أهلِ الجنةِ فيقولُ: يا فلانُ! ألا تعرفُني؟! فيقول: ومن أنتَ؟ فيقولُ: أنا الذي استوْهبْتني وَضوءًا؛ فوَهبتُ لكَ؛ فيُشفَّعُ فيهِ، ويمرُّ الرجلُ فيقولُ: يا فلانُ! أما تعرفُني؟! فيقولُ: ومن أنتَ؟ فيقولُ: أنا الذي بعثْتني في حاجةِ كذا وكذا؛ فقضيتُها لكَ؛ فيشفع له فيشفَّعُ فيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Keluar seorang makhluk daripada ahli neraka, lalu lelaki itu melintasi seorang lelaki daripada ahli syurga, maka dia berkata: "Wahai polan, tidakkah kamu mengenaliku?" Maka dia menjawab: "Siapa pula kamu?" Dia berkata: "Aku adalah orang yang kamu pinta air wuduk daripadaku, lalu aku beri kepadamu". Maka dia (ahli syurga) itu memberikan syafaat kerananya. Lalu lelaki itu berjalan lagi dan berkata: "Wahai polan, tidakkah kamu mengenaliku?" Maka dia menjawab: "Siapa pula kamu?" Dia menjawab: "Aku adalah orang yang kamu hantarku untuk melakukan hajat sekian dan sekian, lalu aku selesaikannya untukmu", maka dia itu diberikan syafaat kepadanya lalu dia menerima syafaat kerananya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 513-514, hadis no. 2731.

(ضعیف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «يخرج خلق من أهل النار، فيمر الرجل بالرجل من أهل الجنة فيقول: يا فلان! ألا تعرفني؟! فيقول: ومن أنت؟ فيقول: أنا الذي استوهبتنی وضوءا؛ فوهبتُ لك؛ فيشفع فيه، ويمر الرجل فيقول: يا فلان! أما تعرفني؟! فيقول: ومن أنت؟ فيقول: أنا الذي بعثتني في حاجة كذا وكذا؛ فقضيتها لك؛ فيشفع له فيشفع فيه». [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5279)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Keluar seorang makhluk daripada ahli neraka, lalu lelaki itu melintasi seorang lelaki daripada ahli syurga, maka dia berkata: "Wahai polan, tidakkah kamu mengenaliku?" Maka dia menjawab: "Siapa pula kamu?" Dia berkata: "Aku adalah orang yang kamu pinta air wuduk daripadaku, lalu aku beri kepadamu". Maka dia (ahli syurga) itu memberikan syafaat kerananya. Lalu lelaki itu berjalan lagi dan berkata: "Wahai polan, tidakkah kamu mengenaliku?" Maka dia menjawab: "Siapa pula kamu?" Dia menjawab: "Aku adalah orang yang kamu hantarku untuk melakukan hajat sekian dan sekian, lalu aku selesaikannya untukmu", maka dia itu diberikan syafaat kepadanya lalu dia menerima syafaat kerananya. [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5279].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.