Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Keluar beberapa makhluk dalam kalangan ahli neraka, kemudian seorang lelaki berjalan melalui seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga

Teks Bahasa Arab

يخرجُ خَلقٌ من أهلِ النَّارِ، فَيمرُّ الرَّجلُ بالرجُلِ مِن أهلِ الجنَّةِ فيقولُ: يا فُلانُ! ألا تعرِفُني؟! فيقولُ: ومنَن أنتَ؟ فيقولُ: أنا الَّذي استَوْهَبْتَنِي وَضوءًا؛ فوَهبتُ لكَ؛ فيشفعُ فيهِ، ويمرُّ الرَّجلُ فيقولُ: يا فلانُ! أمَا تعرفُني؟! فيقولُ: ومن أنتَ؟ فيقولُ: أنا الَّذي بعثتَني في حاجةِ كَذا وكَذا؛ فقَضيتُها لكَ؛ فيشفعُ لهُ فيَشفعُ فيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Keluar beberapa makhluk dalam kalangan ahli neraka, kemudian seorang lelaki berjalan melalui seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga dan berkata: Wahai Si Polan! Adakah engkau mengenali aku? Dia berkata: Siapakah kamu? Dia berkata: Aku ialah orang yang engkau minta untuk berwuduk. Lalu aku berikan wuduk itu kepadamu. Lalu dia diberikan syafaat kerananya. Kemudian berjalan seorang lelaki lagi dan berkata: Wahai Si Polan! Tidakkah engkau mengenali aku? Dia berkata: Siapakah kamu? Dia berkata: Aku ialah orang yang engkau utuskan untuk suatu keperluan begini dan begini. Lalu aku tunaikan hajat itu untukmu. Lalu dia diberikan syafaat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 678, hadis no. 3488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((يخرج ‌خلق ‌من ‌أهل ‌النار، فيمر الرجل بالرجل من أهل الجنة فيقول: يا فلان! ألا تعرفني؟! فيقول: ومن أنت؟ فيقول: أنا الذي استوهبتني وضوءاً؛ فوهبت لك؛ فيشفع فيه، ويمر الرجل فيقول: يا فلان! أما تعرفني؟! فيقول: ومن أنت؟ فيقول: أنا الذي بعثتني في حاجة كذا وكذا؛ فقضيتها لك؛ فيشفع له فيشفع فيه)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5279)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Keluar beberapa makhluk dalam kalangan ahli neraka, kemudian seorang lelaki berjalan melalui seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga dan berkata: Wahai Si Polan! Adakah engkau mengenali aku? Dia berkata: Siapakah kamu? Dia berkata: Aku ialah orang yang engkau minta untuk berwuduk. Lalu aku berikan wuduk itu kepadamu. Lalu dia diberikan syafaat kerananya. Kemudian berjalan seorang lelaki lagi dan berkata: Wahai Si Polan! Tidakkah engkau mengenali aku? Dia berkata: Siapakah kamu? Dia berkata: Aku ialah orang yang engkau utuskan untuk suatu keperluan begini dan begini. Lalu aku tunaikan hajat itu untukmu. Lalu dia diberikan syafaat. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5279]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.