Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Kelemahan yang jelas dan kelemahan yang tersembunyi

Teks Bahasa Arab

عُجَرٌ بُجَرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Kelemahan yang jelas dan kelemahan yang tersembunyi.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 59, hadis no. 231. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كلام يقوله الناس إذا سمعوا كلاما مخلطا فيه وليس بحديث لكن جاء في كلام طلحة بن عبيد الله إلى الله أشكو عجري وبجري قال الأصمعي: عجري وبجري سرايري وأحزاني التي تموج في جوفي.

Ucapan yang diucapkan oleh orang ramai apabila mereka mendengar ucapan yang bercampur baur di dalamnya, dan Ia bukanlah hadith. Namun, telah datang riwayat dalam ucapan Talhah bin 'Ubaidillah: "Hanya kepada Allah aku mengadu kelemahanku yang jelas dan yang tersembunyi". Al-Asma'ei berkata: "Kelemahanku yang jelas, kelemahanku yang tersembunyi, dan kesedihanku yang bergelora dalam ronggaku".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.