Kelebihan zikir Subhanallah Wabihamdihi dan Lailahailallah

TEKS BAHASA ARAB

من قال: (سبحان الله وبحمده) كتب له مئة ألف حسنة وأربع وعشرون ألف حسنة، ومن قال: (لا إله إلا الله)؛ كان له بها عهد عند الله يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyebut: (Maha Suci Allah dan Segala Puji BagiNya) ditulis baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan (sebanyak 124,000 kebaikan). Sesiapa yang menyebut: (Tiada Tuhan selain Allah) dia akan mendapat janji (untuk dimasukkan dalam syurga) di sisi Allah pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis nombor 3679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: من قال: (سبحان الله وبحمده) كتب له مئة ألف حسنة وأربع وعشرون ألف حسنة، ومن قال: (لا إله إلا الله)؛ كان له بها عهد عند الله يوم القيامة.
[طب، ((الضعيفة)) (6618)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut: (Maha Suci Allah dan Segala Puji BagiNya) ditulis baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan (sebanyak 124,000 kebaikan). Sesiapa yang menyebut: (Tiada Tuhan selain Allah) dia akan mendapat janji (untuk dimasukkan dalam syurga) di sisi Allah pada hari kiamat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6618].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs