Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قال: (سبحان اللهِ وبحمدِه) كُتِبَ له مئةُ ألفِ حسنةٍ وأربعٌ وعشرون ألفِ حسنةٍ، ومن قال: (لا إله إلا اللهَ)؛ كان له بها عهدٌ عند الله يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyebut: (Maha Suci Allah dan Segala Puji BagiNya) ditulis baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan (sebanyak 124,000 kebaikan). Sesiapa yang menyebut: (Tiada Tuhan selain Allah) dia akan mendapat janji (untuk dimasukkan dalam syurga) di sisi Allah pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis no. 3679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: من قال: (سبحان الله وبحمده) كتب له مئة ألف حسنة وأربع وعشرون ألف حسنة، ومن قال: (لا إله إلا الله)؛ كان له بها عهد عند الله يوم القيامة. [طب، ((الضعيفة)) (6618)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut: (Maha Suci Allah dan Segala Puji BagiNya) ditulis baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan (sebanyak 124,000 kebaikan). Sesiapa yang menyebut: (Tiada Tuhan selain Allah) dia akan mendapat janji (untuk dimasukkan dalam syurga) di sisi Allah pada hari kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6618].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman