Kelebihan wirid selepas solat

TEKS BAHASA ARAB

لما نزلت (الحمد لله رب العالمين) ، وآية (الكرسي)، و(شهد الله)، و(قل اللهم مالك الملك) إلى (بغير حساب)، تعلقن بالعرش وقلن: أنزلتنا على قوم يعملون بمعاصيك؟ فقال: وعزتي وجلالي وارتفاع مكاني لا يتلوكن عبد دبر كل صلاة مكتوبة؛ إلا غفرت له ما كان فيه، وأسكنته جنة الفردوس، ونظرت إليه كل يوم سبعين مرة، وقضيت له سبعين حاجة، أدناها المغفرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika turunnya surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah Ali ‘Imran ayat 18 dan surah Ali ‘Imran ayat 26-27, ia (ayat-ayat ini) berpaut pada ‘Arash seraya berkata: Engkau hendak turunkan kami kepada satu kaum yang berbuat maksiat kepada-Mu? Allah berfirman: Demi Keperkasaan-Ku dan Kemuliaan-Ku dan Ketinggian kedudukan-Ku, tidaklah seseorang hamba yang membacamu di penghujung setiap solat fardu melainkan Aku berikan keampunan untuknya selagi mana dia mengamalkannya, Aku tempatkan dia di syurga Firdaus, Aku melihatnya sebanyak 70 kali sehari dan Aku tunaikan untuknya sebanyak 70 hajat, sekurang-kurangnya keampunan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis nombor 7148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أيوب رضي الله عنه مرفوعا: لما نزلت (الحمد لله رب العالمين) ، وآية (الكرسي)، و(شهد الله)، و(قل اللهم مالك الملك) إلى (بغير حساب)، تعلقن بالعرش وقلن: أنزلتنا على قوم يعملون بمعاصيك؟ فقال: وعزتي وجلالي وارتفاع مكاني لا يتلوكن عبد دبر كل صلاة مكتوبة؛ إلا غفرت له ما كان فيه، وأسكنته جنة الفردوس، ونظرت إليه كل يوم سبعين مرة، وقضيت له سبعين حاجة، أدناها المغفرة.
[فر، ((الضعيفة)) (699)]

(Palsu)
Daripada Abi Ayyub RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika turunnya surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah Ali ‘Imran ayat 18 dan surah Ali ‘Imran ayat 26-27, ia (ayat-ayat ini) berpaut pada ‘Arash seraya berkata: Engkau hendak turunkan kami kepada satu kaum yang berbuat maksiat kepada-Mu? Allah berfirman: Demi Keperkasaan-Ku dan Kemuliaan-Ku dan Ketinggian kedudukan-Ku, tidaklah seseorang hamba yang membacamu di penghujung setiap solat fardu melainkan Aku berikan keampunan untuknya selagi mana dia mengamalkannya, Aku tempatkan dia di syurga Firdaus, Aku melihatnya sebanyak 70 kali sehari dan Aku tunaikan untuknya sebanyak 70 hajat, sekurang-kurangnya keampunan.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 699]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs