Kelebihan tiga ayat permulaan surah al-Kahfi

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ ثلاث آيات من أول الكهف عصم من فتنة الدجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca tiga ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia dipelihara daripada fitnah al-Dajjal.

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420, hadis nombor 7212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه، عن النبي ﷺ: من قرأ ثلاث آيات من أول الكهف عصم من فتنة الدجال.
[ت، ((الضعيفة)) (1336)]

(Shaz)
Daripada Abi al-Darda’ RA, daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca tiga ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia dipelihara daripada fitnah al-Dajjal.
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1336]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs