Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَرأَ ثلاثَ آياتٍ مِن أوَّلِ الكَهفِ عُصِمَ مِن فِتنةِ الدَّجَّالِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca tiga ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia dipelihara daripada fitnah al-Dajjal.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420, hadis no. 7212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Syaz) Daripada Abi al-Darda' RA, daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca tiga ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia dipelihara daripada fitnah al-Dajjal. [Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1336]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman