Kelebihan tasbih, tahmid dan takbir sebanyak tiga puluh tiga kali selepas solat

TEKS BAHASA ARAB

إذا صليتم فقولوا: سبحان الله ثلاثا وثلاثين، والحمد لله ثلاثا وثلاثين، والله أكبر ثلاثا وثلاثين، ولا إله إلا الله عشرا، فإنكم تدركون بذلك من سبقكم، وتسبقون من بعدكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu selesai solat, maka ucapkanlah: Maha suci Allah sebanyak 33 kali, Segala puji bagi Allah sebanyak 33 kali, Allah Maha besar sebanyak 33 kali, Tidak ada Tuhan yang layak disembah sebanyak 10 kali; kerana sesungguhnya kamu boleh menyamai orang yang telah mendahului kamu dan kamu boleh mendahului orang yang selepas kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1401, hadis nombor 7099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: جاء الفقراء إلى رسول الله ﷺ فقالوا: يا رسول الله! إن الأغنياء يصلون كما نصلي، ويصومون كما نصوم، ولهم أموال يتصدقون وينفقون، فقال النبي ﷺ: إذا صليتم فقولوا: سبحان الله ثلاثا وثلاثين، والحمد لله ثلاثا وثلاثين، والله أكبر ثلاثا وثلاثين، ولا إله إلا الله عشرا، فإنكم تدركون بذلك من سبقكم، وتسبقون من بعدكم.
[ن، ت، ((الضعيفة)) (454)]

(Lemah dengan konteks ini)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Beberapa orang fakir telah datang menemui Rasulullah SAW, mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang-orang kaya solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka mempunyai harta yang boleh mereka sedekahkan dan infakkan (sedangkan kami tidak). Nabi SAW pun bersabda: Apabila kamu selesai solat, maka ucapkanlah: Maha suci Allah sebanyak 33 kali, Segala puji bagi Allah sebanyak 33 kali, Allah Maha besar sebanyak 33 kali, Tidak ada Tuhan yang layak disembah sebanyak 10 kali; kerana sesungguhnya kamu boleh menyamai orang yang telah mendahului kamu dan kamu boleh mendahului orang yang selepas kamu.
[Riwayat al-Nasa'ei dalam al-Sunan dan al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 454]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs