Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صلَّيْتُم ، فقولوا : سبحانَ اللهِ ثلاثًا وثلاثينَ ، والحمدُ للهِ ثلاثًا وثلاثينَ ، واللهُ أكبرُ ثلاثًا وثلاثينَ ، ولا إله إلا اللهُ عَشْرًا، فإنكم تُدرِكونَ بذلك مَنْ سَبَقَكم ، وتَسْبِقونَ مَنْ بَعدَكم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu selesai solat, maka ucapkanlah: Maha suci Allah sebanyak 33 kali, Segala puji bagi Allah sebanyak 33 kali, Allah Maha besar sebanyak 33 kali, Tidak ada Tuhan yang layak disembah sebanyak 10 kali; kerana sesungguhnya kamu boleh menyamai orang yang telah mendahului kamu dan kamu boleh mendahului orang yang selepas kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1401, hadis no. 7099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا السياق) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: جاء الفقراء إلى رسول الله ﷺ فقالوا: يا رسول الله! إن الأغنياء يصلون كما نصلي، ويصومون كما نصوم، ولهم أموال يتصدقون وينفقون، فقال النبي ﷺ: إذا صليتم فقولوا: سبحان الله ثلاثا وثلاثين، والحمد لله ثلاثا وثلاثين، والله أكبر ثلاثا وثلاثين، ولا إله إلا الله عشرا، فإنكم تدركون بذلك من سبقكم، وتسبقون من بعدكم. [ن، ت، ((الضعيفة)) (454)]
(Lemah dengan konteks ini) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Beberapa orang fakir telah datang menemui Rasulullah SAW, mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang-orang kaya solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka mempunyai harta yang boleh mereka sedekahkan dan infakkan (sedangkan kami tidak). Nabi SAW pun bersabda: Apabila kamu selesai solat, maka ucapkanlah: Maha suci Allah sebanyak 33 kali, Segala puji bagi Allah sebanyak 33 kali, Allah Maha besar sebanyak 33 kali, Tidak ada Tuhan yang layak disembah sebanyak 10 kali; kerana sesungguhnya kamu boleh menyamai orang yang telah mendahului kamu dan kamu boleh mendahului orang yang selepas kamu. [Riwayat al-Nasa'ei dalam al-Sunan dan al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 454]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman