Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan surah al-Zalzalah, surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas

Teks Bahasa Arab

{ إِذَا زُلْزِلَتِ } تَعْدِلُ نِصفَ القُرآنِ، و{ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } تَعْدِلُ رُبُعَ القُرآنِ، و{ قل هو الله أحد } تَعْدِلُ ثُلُثَ القُرآنِ.

Teks Bahasa Melayu

Surah al-Zalzalah menyamai separuh al-Qur'an, surah al-Kafirun menyamai 1/4 al-Qur'an dan surah al-Ikhlas menyamai 1/3 al-Qur'an.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1412, hadis no. 7165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: {إذا زلزلت} تعدل نصف القرآن، و{قل يا أيها الكافرون} تعدل ربع القرآن، و{قل هو الله أحد} تعدل ثلث القرآن. [ت، ك، ((الضعيفة)) (1342)]

(Munkar) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Surah al-Zalzalah menyamai separuh al-Qur'an, surah al-Kafirun menyamai 1/4 al-Qur'an dan surah al-Ikhlas menyamai 1/3 al-Qur'an. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1342]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.