Kelebihan Surah al-Kahfi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم بسورة ملأت عظمتها ما بين السماء والأرض؟ ولقارئها من الأجر مثل ذلك، ومن قرأها غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى، وزيادة ثلاثة أيام؟ قالوا: [بلى] قال: سورة الكهف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu satu surah yang keagungannya memenuhi antara langit dan bumi? Bagi pembacanya pula mendapat pahala sedemikian. Sesiapa yang membacanya akan diampunkan dosa antaranya dengan Jumaat yang lain beserta penambahan tiga hari? Mereka menjawab: Mahu. Baginda SAW bersabda: Surah al-Kahfi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431, hadis nombor 7271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: ألا أخبركم بسورة ملأت عظمتها ما بين السماء والأرض؟ ولقارئها من الأجر مثل ذلك، ومن قرأها غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى، وزيادة ثلاثة أيام؟ قالوا: [بلى] قال: سورة الكهف.
[فر، ((الضعيفة)) (2482)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu satu surah yang keagungannya memenuhi antara langit dan bumi? Bagi pembacanya pula mendapat pahala sedemikian. Sesiapa yang membacanya akan diampunkan dosa antaranya dengan Jumaat yang lain beserta penambahan tiga hari? Mereka menjawab: Mahu. Baginda SAW bersabda: Surah al-Kahfi.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2482]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.