Kelebihan solat yang dilakukan dengan bersugi berbanding solat yang dilakukan tanpa bersugi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فضل الصلاة التي يستاك لها، على الصلاة التي لا يستاك لها سبعون ضعفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan solat yang dilakukan dengan bersugi berbanding solat yang dilakukan tanpa bersugi adalah sebanyak 70 kali ganda lebih baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1198, hadis nombor 6081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فضل الصلاة التي يستاك لها، على الصلاة التي لا يستاك لها سبعون ضعفا.
[ابن خزيمة، ك، حم، البزار، ((الضعيفة)) (1503)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Kelebihan solat yang dilakukan dengan bersugi berbanding solat yang dilakukan tanpa bersugi adalah sebanyak 70 kali ganda lebih baik.
[Riwayat Ibn Khuzaimah, al-Hakim, Ahmad dalam al-Musnad dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1503]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.