Kelebihan solat pada awal waktu berbanding solat pada akhir waktu; seperti kelebihan akhirat ke atas dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فضل الوقت الأول من الصلاة على الآخر؛ كفضل الآخرة على الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan solat pada awal waktu berbanding solat pada akhir waktu; seperti kelebihan akhirat ke atas dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis nombor 1516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنها- مرفوعا: «فضل الوقت الأول من الصلاة على الآخر؛ كفضل الآخرة على الدنيا».
[فر، «الضعيفة» (4009)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan solat pada awal waktu berbanding solat pada akhir waktu; seperti kelebihan akhirat ke atas dunia.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 4009]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.