Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فضلُ الوقتِ الأوَّلِ من الصَّلاةِ على الآخِرِ؛ كفضلِ الآخِرةِ على الدُّنيا.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan solat pada awal waktu berbanding solat pada akhir waktu; seperti kelebihan akhirat ke atas dunia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis no. 1516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنها- مرفوعا: «فضل الوقت الأول من الصلاة على الآخر؛ كفضل الآخرة على الدنيا». [فر، «الضعيفة» (4009)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan solat pada awal waktu berbanding solat pada akhir waktu; seperti kelebihan akhirat ke atas dunia. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 4009]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman