Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فضلُ صلاةِ اللَّيلِ على صلاةِ النَّهارِ؛ كفَضلِ صدَقةِ السِّرِ على صدقةِ العلانيةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan solat malam ke atas solat pada waktu siang adalah seperti kelebihan sedekah secara sembunyi berbanding sedekah secara terang-terangan.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis no. 1513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه - مرفوعا: «فضل صلاة الليل على صلاة النهار؛ كفضل صدقة السر على صدقة العلانية». [الدينوري، طب، حل، «الضعيفة» (4010)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan solat malam ke atas solat pada waktu siang adalah seperti kelebihan sedekah secara sembunyi berbanding sedekah secara terang-terangan. [Riwayat al-Dainuri, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4010]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman