Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan seorang ‘alim (ahli ilmu) berbanding seorang ‘abid (ahli ibadah) adalah melebihi 70 darjat

Teks Bahasa Arab

فضلُ العالمِ على العابِدِ سبعينَ درجةٍ، بين كلِّ درجتينِ حُضرُ الفرسِ السَّريعِ المضمَّرِ مئةَ عامٍ، وذلك أنَّ الشَّيطانَ يَضعُ البِدعةَ للنَّاسِ فيعرفُها العالِمُ فينهَى عنها، والعابدُ مقبلٌ على صلاتِه لا يتوجَّه لها ولا يعرفُها.

Teks Bahasa Melayu

Kelebihan seorang ‘alim (ahli ilmu) berbanding seorang ‘abid (ahli ibadah) adalah melebihi 70 darjat. Di antara setiap dua darjat (dari 70 darjat tersebut), (jarak antara keduanya adalah bagaikan) seekor kuda yang kuat (dan sihat), bergerak laju sejauh 100 tahun perjalanan. Yang demikian itu kerana syaitan meletakkan (memperkenalkan satu amalan) bid‘ah kepada orang ramai, lalu seorang ‘alim itu mengetahuinya serta mencegahnya (dari diamalkan). Manakala seorang ‘abid pula terus memfokuskan kepada solatnya dan tidak menghadapnya (bid‘ah) serta tidak mengetahui apa-apa tentangnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis no. 1514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «فضل العالم على العابد سبعين درجة، بين كل درجتين خضر الفرس السريع المضمر مئة عام، وذلك أن الشيطان يضع البدعة للناس فيعرفها العالم فينهى عنها، والعابد مقبل على صلاته لا يتوجه لها ولا يعرفها». [فر، «الضعيفة» (4007)]

(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan seorang ‘alim (ahli ilmu) berbanding seorang ‘abid (ahli ibadah) adalah melebihi 70 darjat. Di antara setiap dua darjat (dari 70 darjat tersebut), (jarak antara keduanya adalah bagaikan) seekor kuda yang kuat (dan sihat), bergerak laju sejauh 100 tahun perjalanan. Yang demikian itu kerana syaitan meletakkan (memperkenalkan satu amalan) bid‘ah kepada orang ramai, lalu seorang ‘alim itu mengetahuinya serta mencegahnya (dari diamalkan). Manakala seorang ‘abid pula terus memfokuskan kepada solatnya dan tidak menghadapnya (bid‘ah) serta tidak mengetahui apa-apa tentangnya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4007]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.