Kelebihan selawat sepuluh kali di waktu pagi dan petang

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي حين يصبح عشرا، وحين يمسي عشرا؛ أدركته شفاعتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berselawat kepadaku ketika waktu pagi sebanyak 10 kali dan ketika waktu petang 10 kali, syafaatku mendapatkannya pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1370, hadis nombor 6981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: من صلى علي حين يصبح عشرا، وحين يمسي عشرا؛ أدركته شفاعتي يوم القيامة.
[طب، ((الضعيفة)) (5788)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat kepadaku ketika waktu pagi sebanyak 10 kali dan ketika waktu petang 10 kali, syafaatku mendapatkannya pada hari kiamat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5788]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs