Kelebihan selawat kepada Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا الصلاة علي، فإن صلاتكم علي مغفرة لذنوبكم، واطلبوا لي الدرجة الوسيلة، فإن وسيلتي عند ربي شفاعة لكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah selawat kepadaku kerana sesungguhnya selawatmu kepadaku adalah sebagai pengampun bagi dosa-dosa kamu dan mintalah kedudukan wasilah (jalan) untukku kerana wasilahku di sisi Tuhanku adalah syafaat untuk kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1430, hadis nombor 7265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن الحسين بن علي رضي الله عنهما عن رسول الله ﷺ: أكثروا الصلاة علي، فإن صلاتكم علي مغفرة لذنوبكم، واطلبوا لي الدرجة الوسيلة، فإن وسيلتي عند ربي شفاعة لكم.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2252)]

(Sangat lemah)
Daripada al-Husain bin ‘Ali RA daripada Rasulullah SAW: Perbanyakkanlah selawat kepadaku kerana sesungguhnya selawatmu kepadaku adalah sebagai pengampun bagi dosa-dosa kamu dan mintalah kedudukan wasilah (jalan) untukku kerana wasilahku di sisi Tuhanku adalah syafaat untuk kamu.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2252]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs