Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
درهمٌ أُعْطِيهِ في عَقْلٍ أحبُّ إِلَيَّ مِنْ مئةٍ في غيرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sekeping dirham yang aku berikan (bagi membantu membayar diat) orang yang berakal, lebih aku sukai daripada 100 dirham (yang diinfakkan) pada selainnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 791, hadis no. 4064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekeping dirham yang aku berikan (bagi membantu membayar diat) orang yang berakal, lebih aku sukai daripada 100 dirham (yang diinfakkan) pada selainnya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3594]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman