TEKS BAHASA ARAB
من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang segera bertahmid apabila dia bersin, maka akan diberi kesembuhan padanya daripada penyakit buah pinggang dan dia juga tidak mengadu akan sakit pada giginya selamanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1561, hadis nombor 7906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي-رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا)). [طس، ((الضعيفة)) (6139)].
(Munkar) Daripada Ali RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang segera bertahmid apabila dia bersin, maka akan diberi kesembuhan padanya daripada penyakit buah pinggang dan dia juga tidak mengadu akan sakit pada giginya selamanya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Daifah, no.6139].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.