Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن بادَرَ العاطسَ بالحمدِ؛ عُوْفِيَ من وَجعِ الخاصِرَةِ، ولم يَشْتَكِ ضِرْسَهِ أبداً.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang segera bertahmid apabila dia bersin, maka akan diberi kesembuhan padanya daripada penyakit buah pinggang dan dia juga tidak mengadu akan sakit pada giginya selamanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1561, hadis no. 7906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي-رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا)). [طس، ((الضعيفة)) (6139)].
(Munkar) Daripada Ali RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang segera bertahmid apabila dia bersin, maka akan diberi kesembuhan padanya daripada penyakit buah pinggang dan dia juga tidak mengadu akan sakit pada giginya selamanya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6139].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman