Kelebihan rumah yang dekat dengan masjid berbanding rumah yang jauh dengan masjid

TEKS BAHASA ARAB

فضل الدار القريبة من المسجد على الدار الشاسعة؛ كفضل الغازي على القاعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan rumah yang dekat dengan masjid berbanding rumah yang jauh dengan masjid adalah sama seperti kelebihan seseorang yang pergi berperang (atas jalan Allah) berbanding mereka yang duduk (dirumah, tidak pergi berjihad).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis nombor 1512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنه – مرفوعا: «فضل الدار القريبة من المسجد على الدار الشاسعة؛ كفضل الغازي على القاعد».
[حم، «الضعيفة» (4005)]

(Sangat Lemah) Daripada Hudzaifah bin al-Yaman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan rumah yang dekat dengan masjid berbanding rumah yang jauh dengan masjid adalah sama seperti kelebihan seseorang yang pergi berperang (atas jalan Allah) berbanding mereka yang duduk (dirumah, tidak pergi berjihad).
[Riwayat Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4005]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs