Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فضل الدار القريبة من المسجد على الدار الشاسعة كفضل الغازي على القاعد.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan rumah yang berdekatan dengan masjid berbanding rumah yang jauh dari masjid adalah seperti kelebihan orang yang berperang berbanding orang yang tidak menyertai peperangan.
Sahabat Perawi
- Huzaifah bin al-Yaman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 998, hadis no. 5146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن حذيفة اليمان رضي الله عنه مرفوعا: فضل الدار القريبة من المسجد على الدار الشاسعة؛ كفضل الغازي على القاعد. [حم، الضعيفة (4005)].
(Sangat lemah) Daripada Hudzaifah al-Yaman RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan rumah yang berdekatan dengan masjid berbanding rumah yang jauh dari masjid adalah seperti kelebihan orang yang berperang berbanding orang yang tidak menyertai peperangan. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4005].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman