Kelebihan pemuda ahli ibadah yang mengabdikan diri ketika usia mudanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعد ما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الراضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقا، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعد ما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر النبيين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan pemuda ahli ibadah yang mengabdikan diri ketika usia mudanya berbanding orang tua yang menumpukan diri dalam ibadah sesudah usia tuanya, seperti kelebihan para rasul berbanding semua manusia lain. Allah berfirman bagi pemuda yang beriman dengan qadar-Ku, yang reda dengan takdir oleh-Ku, yang bersyukur dengan rezeki dari-Ku dan yang meninggalkan syahwatnya demi-Ku: Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku. Dan bagi pemuda yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, beramal demi ketaatan kepada-Nya: Setiap hari diberikan tujuh puluh ganjaran yang ikhlas, dan lebih baik pemuda yang beribadah (kepada Allah) berbanding orang tua yang menumpukan diri dalam ibadah sesudah usia tuanya. Seperti lebih baik para rasul berbanding para nabi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1845, hadis nombor 9310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الراضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقا، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر النبيين)). [ابن شاهين، فر، ((الضعيفة)) (٤٠٠٦)]

(Lemah) Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kelebihan pemuda ahli ibadah yang mengabdikan diri ketika usia mudanya berbanding orang tua yang menumpukan diri dalam ibadah sesudah usia tuanya, seperti kelebihan para rasul berbanding semua manusia lain. Allah berfirman bagi pemuda yang beriman dengan qadar-Ku, yang reda dengan takdir oleh-Ku, yang bersyukur dengan rezeki dari-Ku dan yang meninggalkan syahwatnya demi-Ku: Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku. Dan bagi pemuda yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, beramal demi ketaatan kepada-Nya: Setiap hari diberikan tujuh puluh ganjaran yang ikhlas, dan lebih baik pemuda yang beribadah (kepada Allah) berbanding orang tua yang menumpukan diri dalam ibadah sesudah usia tuanya. Seperti lebih baik para rasul berbanding para nabi. [Riwayat Ibn Syāhīn dalam kitab al-Targhīb, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4006]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.