TEKS BAHASA ARAB
فضل حملة القرآن على الذي لم يحمله كفضل الخالق على المخلوق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan orang yang menjunjung (menguasai) al-Quran berbanding orang yang tidak menjunjung al-Quran adalah seperti kelebihan al-Khaliq (Sang Pencipta) berbanding makhluk.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 58, hadis nombor 323. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini satu pendustaan. Al-Hafiz telah menjelaskannya dalam Zahr al-Firdaws.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.